<< March 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, November 20, 2013
#1

Que Sera, Sera
What Will Be, Will Be


Nama diberi, Raudah Nurdania. Panggil saja Dania. Begitu selalu Dania memperkenalkan diri. Kalau dipanggil Raudah, silap-silap haribulan kakak kembarnya Raudah Nursyuhada yang menjawab.

Kata orang, bila dilahirkan sebagai kembar ni seronok. Mana tidaknya, dia akan punya teman untuk melakukan semua aktiviti. Termasuklah 'aktiviti jenayah'. Tapi tidak dia. Dia benci dekat dengan kembarnya. Dia benci bila orang selalu kenal dia kerana kembarnya. Dia benci bila dibanding-bandingkan.

Ya, wajah mereka barangkali seiras. Tapi tidak perangai dan perwatakan mereka. Kak Syuha selalu dipuji mama dan papa. Bukan sahaja mama dan papa, tapi juga guru-guru. Selalu jugalah perbandingan dibuat antara mereka berdua. Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi berkali-kali. Barangkali itu juga yang membuatkan Dania tidak suka rapat dengan Kak Syuha.

Kalau boleh, Dania tak mahu satu sekolah dengan Kak Syuha. Tak suka!
Itu dulu. Beberapa tahun yang lalu. Tapi tidak sekarang.

Kak Syuha barangkali pergi, kerana Kak Syuha rasa Dania benci pada Kak Syuha.
Kak Syuha salah.
Dania tak pernah benci pada Kak Syuha. Bahkan Dania terlalu menyayangi Kak Syuha. Dania terlalu menyayangi mama dan baba. Dania sayangkan kalian hingga Dania sering mengharapkan agar kalian faham Dania seperti Dania faham kalian.

Kata Kak Syuha,
Dania memberontak kerana Dania nak tunjukkan marah Dania pada mama dan baba.
Benci Dania pada Kak Syuha.

Tidak!
Dania sebenarnya benci dan marah pada diri Dania sendiri.
Dania marah pada hakikat Dania sering dibanding-bandingkan dengan Kak Syuha.
Dania marah dengan dunia yang selalu jadikan Kak Syuha sebagai penanda aras untuk kejayaan Dania.
Dania marah bila Kak Syuha tak cuba fahami Dania.

Bukankah sebagai seorang kakak, seharusnya Kak Syuha faham Dania?
Ya, beza usia kita barangkali cuma beberapa minit.
Tapi Dania sentiasa mengharapkan yang Kak Syuha mampu menjadi seorang teman, seorang sahabat dan seorang kakak buat Dania.

Kak Syuha,
Dania dah berubah.
Dania dah jadi macam yang Kak Syuha impikan tetapi dalam cara Dania yang tersendiri.
Dania sekarang Dania yang baharu.
Akak nampak tak?

Posted at 11:01 pm by diya-nordin
Tanda Tangan